Banner Maintenance Blog

Banner Wedding Organizer V-lo

Banner Undangan Wedding

Tips Mencari Pengasuh Anak

pau goreng

Abang Bob ialah abang aku. Dia seorang guru Sains dan Matematik cum Cikgu Disiplin di sebuah sekolah rendah di Damansara.

Mak selalu samakan aku dengan dia. Mak cakap kami sama degil. Sama muka. Sama kuat merajuk. Sama keras hati. Sama panas baran. Sama mulut jahat. Dulu masa aku mengandung, mak aku cakap aku dan Abang Bob dah macam kembar sepasang dah. Sama saiz.

Dia berkahwin sejak umur aku 17 tahun. Umur aku 23 tahun baru dia dikurniakan anak setelah usaha macam-macam. Abang bob menatang Alia macam minyak yang penuh. Segala hal dia jadi cerewet. Dari perkara besar sampai ke pekara kecil.

Dia selalu galakkan aku, daripada hantar Sabrina ke Nursery, baiklah aku cari pengasuh. Alasannya;

1) Anak kita akan mendapat lebih tumpuan
2) Anak kita membesar dalam suasana di dalam rumah
3) Tahap kesihatan lebih terjamin - nak nak musim H1N1 sekarang ni.

Abang bob pesan lagi, sebelum membuat keputusan untuk menghantar anak ke pengasuh, ada beberapa perkara yang perlu kita titiberatkan;

1) Keadaan Rumah
Rumah pengasuh mesti kemas. Mesti bersih. Tak kisah lah pangsapuri ke, teres ke atau banglo. Suami aku cakap orang yang menjadi pengasuh ni selalunya orang berpendapatan rendah. Jadi rumah memang agak tidak menyenangkan mata kita melihatnya. Tapi, bagi aku, kaya atau miskin, kebersihan rumah tu penting. Kekemasan dan kebersihan rumah tak payah nak tunggu jadi kaya. Dan aku percaya orang berpendapatan tinggi pun boleh jadi pengasuh sebab bayi ni memang adorable - bila anak semua dah besar kita akan rindu saat membelai seorang bayi. Masa tu la teringin nak ada baby angkat di rumah, memandangkan nak bercucu macam lambat je lagi.

2) Cara Sambutan
Kalau orang (pengasuh) betul-betul suka bayi, bila kita masuk je rumah dia, dia akan greet anak kita. Dia akan cuit-cuit. Akan dukung. Akan agah. Bukan tengooook je. Dari cara sambutan pengasuh tu terhadap anak kita pada pertama kali jumpa, kita boleh tahu samada dia mencari duit dengan menjaga bayi - atau - menjaga bayi sambil mencari duit.

3) Baca Senyuman
Aku percaya kita semua boleh baca senyuman seseorang tu ikhlas atau tak.

4) Soalan Menyusahkan
Tanya soalan menyusahkan dia walaupun sebenarnya kita taknak menyusahkan dia pun - contoh - "Sabtu Ahad kalau saya dan suami ada kerja luar, boleh jaga tak?" Kalau dia jawab macam beraaaat je - maka tak payah lah.

5) Nak kerja senang
Kalau boleh, biarkan pengasuh tu bercakap lebih dari kamu. Sampai lah dia mula bertanya tentang anak kita. Antara soalan yang menggambarkan dia bukan lah pengasuh yang tak berapa nak baik ialah - "Anak awak ni meragam tak?" atau "Dia ni menangis selalu tak?"

6) Anak Sendiri
Seelok-eloknya cari pengasuh yang anak dia dah besar-besar belaka. Dan anak dia pun sukakan bayi. Jangan hantar anak kamu ke rumah pengasuh yang ada anak kecil yang baya baya anak kita juga. Lebih baik hantar nursery kalau pengasuh tu ada anak kecil macam tu.

7) Tengok anak dia
Ini bonus. Kalau anak dia ada semasa lawatan kali pertama kita ke rumah dia, kamu boleh lihat sendiri anak dia. Kalau kita sampai tu, anak dia salam kita ke tidak. Sopan ke tidak. Kalau kamu seorang cikgu, kamu boleh periksa gosokan pakaian seragam dia. Atau apa-apa lagi ciri-ciri yang kamu nak anak dia ada lah.

Ingat, bila kita buat keputusan nak hantar anak ke pengasuh, bermakna kita nak anak kita di layan dengan penuh kasih sayang macam anak atau saudara dia (pengasuh) sendiri. Kalau kamu tak kisah sangat tentang kriteria yang aku senaraikan tadi, atau cerewet sangat dan susah serta malas dah nak cari betul betul berkenan di hati, yang lebih baik lah hantar ke nursery sahaja.


sayang 'pau goreng' ini terlalu banyak.
Selepas aku luahkan kegusaran hati dalam nukilan aku sebelum ni, aku memang luangkan masa hampir satu hari depan komputer di pejabat mencari contact pengasuh. Suami aku pun gasak lah bertanya sana sini. Bertanya dengan orang dekat-dekat rumah. Bertanya dengan kawan pejabat.

Pencarian kami membawa kami ke pengasuh pertama yang aku reject sebab dia ada anak kecil berumur 5 bulan. Pengasuh kedua pun aku reject sebab keadaan rumah dia yang tak berapa nak elok, lepas tu keep on tanya sama ada Sabrina kuat meragam ke tak. Dan bila aku masuk rumah dia, mak dia suruh anak dia salam aku dia boleh taknak salam! Dia kata dia nak tunggu kakak dia salam dulu baru dia nak salam. Aku rasa aku macam kena kejutan budaya time tu.

Macam payah pulak nak cari pengasuh yang betul betul berkenan di hati. Yang aku percaya bagus, jauh di Bukit Jelutung pulak. Sementara ni Sabrina, mak mertua aku je lah yang jaga.

Pilihan terkahir - nursery jugaklah jawabnya nanti.

Ada sesiapa nak kongsi tips mencari nursery pulak?

http://perempuanjomblo.blogspot.com/2010/04/tips-mencari-pengasuh-anak.html

0 komentar to "Tips Mencari Pengasuh Anak"

Leave a comment