Banner Maintenance Blog

Banner Wedding Organizer V-lo

Banner Undangan Wedding

Gemuk Bukan Sumpahan


Salah satu perkara yang susah untuk dilakukan oleh kebanyakan perempuan di muka bumi ni ialah menjadi seorang yang gemuk - dan gembira.

Kalau pun memang diri dah termotivasi dengan pelbagai input-input positif dan logik, sekali orang panggil dan hina dengan panggilan 'gemuk' - mood terus jatuh merundum ke bumi yang paling bawah sekali macam tak pernah ada esok baginya.

Apa-apa perkara baik berkenaan dengan wanita/lelaki gemuk, selalu di-TAPI kan.
π
"Shima tu pandai buat kerja, pandai masak, kerja kat pejabat pun awesome, communication skill dia tip top, kulit putih TAPI tu laaaa...dia gemuk,"

"Daniel memang charming, pandai ambil hati perempuan, disukai ramai WALAUPUN dia gemuk,"

Sebenarnya kecantikkan adalah satu perkara subjektif yang telah di set kan di dalam kepala melalui saluran media. Melalui televisyen. Melalui majalah dan melalui apa sahaja. Imej-imej yang di paparkan kononnya lebih sedap mata memandang sekiranya model yang di tampilkan berbadan kurus dan ramping. Dan berbuah dada yang besar sebagai bonus.

Kecantikkan juga telah dipersyaratkan dengan faktor ketinggian, ukuran pinggang dan pinggul serta warna kulit. Tapi yang utamanya ukuran saiz badan lah. Oleh yang demikian, maka ramai lah perempuan atau lelaki yang kebanyakkan cantik dan hensem, berhidung mancung dan berkulit cerah masih berperasaan rendah diri yang kekal.

Bagi aku semua orang di lahirkan cantik kalau perangai pun senonoh.

Selalunya, kalau pun ada kenalan yang kecantikan tip top, tapi perangai tak munasabah, macam-macam lah alasan yang akan kita berikan untuk menafikan kecantikan dia.

Kegemukan adalah malapetaka kalau sebelum ini kamu bukan lah tergolong dari golongan yang gemuk. Kalau memang kamu gemuk sejak kecil, kamu mungkin dah termotivasi sejak awal. Berlainan dengan orang yang pernah kurus sekejap, lepas tu gemuk balik kerana faktor pemakanan yang buas seperti haiwan. Hati akan mudah terasa bila kenalan lama ajukan pertanyaan bodoh tanpa niat bodoh iaitu

"kenapa kau gemuk sekarang?"

Sampai sekarang aku fikir - apa kejadah jawapan yang paling mustajab untuk soalan tu?

Selain dari mengkecilkan hati, soalan tu juga merupakan killer untuk mood bagi jam jam berikutnya.

Walaubagaimanapun, seperti yang aku cakap, gemuk bukan lah sumpahan. Sampai sekarang aku tak faham kenapa orang jadikan gemuk itu sebagai bahan ejekan. Sedangkan yang ejek tu memang lah kurus tapi hidung kembang macam cawan. Dan bertelinga capang serta berjerawat mengalahkan kotoran di lantai rumah terbengkalai.

Ramai lelaki (atau perempuan) yang aku jumpa yang menetapkan ciri ciri saiz badan sebagai kriteria utama untuk calon teman sedangkan perut sendiri mempunya potensi yang maha tinggi untuk ditimpa malapetaka yang sama seperti kebanyakkan toyol.

Dan yang paling memeranjatkan mereka cenderung untuk menghina orang yang berbadan gemuk berbanding orang yang kurus tapi muka tak berapa nak manis sedangkan si gemuk itu, kalau kurus, akan menjadi 7 kali ganda lebih jelita dan hensem dari si kurus - dan si kurus itu, kurus pun tak manis - gemuk apatah lagi.

Aku teringin nak tahu kalau si kurus di ejek sama macam si gemuk - adakah perasaannya sama?

Tapi - macam yang aku cakap tadi - oleh kerana kecantikan yang subjektif ini telah diobjektifkan dengan saiz dan ukuran - dan kebanyakkan perempuan memang tak pernah berjaya menjadi si gemuk yang gembira - maka tak ada cara lain lagi dah. Kena jugak kurang kan lemak dan kapasiti badan ni.

OK si gemuk sekelian, gemuk bukan sumpahan. So kalau ada orang kurus muka tak seberapa atau orang yang sedang baru putus cinta atau mengalami tekanan perasaan kutuk kau gemok, better kau jangan layan. Dan - siapa nak lumba berdiet dengan aku? Aku dah ada 2 orang competitor dah ni.

p/s: Siapa rasa Gemuk itu Sumpahan?
 
http://perempuanjomblo.blogspot.com/2010/04/gemuk-bukan-sumpahan.html

Tags:

0 komentar to "Gemuk Bukan Sumpahan"

Leave a comment